mY 1st Action Research

Alhamdulillah.
Apa khabar semua? saat saat genting begini, mesti ramai cikgu- cikgu sedang melipat gandakan usaha untuk anak-anak murid tersayang kan. Teruskan usaha kerana pastinya usaha itu tidak akan sia sia. Aja Aja Fighting!

Setelah lama saya menyepi, tiba- tiba saya rasa terpanggil untuk menulis blog semula. Rasa rugi sebab tidak dapat kongsikan ilmu dengan semua orang. Mungkin ini amalan yang boleh saya bawa ke sana. Saya berkongsi dan cikgu- cikgu pun menyebarkan pada orang lain. Alhamdulillah, pahala itu yang ingin kita rebut bersama- sama.

Kajian tindakan saya yang pertama ni adalah kaedah e-LoGa. Kaedah belajar dan bermain sambil memahami konsep elektrolisis.

Ada 2 aktiviti dalam kaedah ini :
1. Membina kad siri elektrokimia
2. E-LoGa (Electrolysis Looping Game)

Jom tengok gambar- gambar dalam aktiviti ini.

Aktiviti 1 : Memotong kad-kad ion Siri Elektrokimia




•Murid menulis siri elektrokimia bagi anion dan kation pada sebanyak 5 kali di atas kertas warna yang dibekalkan.
•Murid di ajar menghafal siri elektrokimia menggunakan kaedah Mnemonik yang diajar sebelum ini.
•Meningkatkan daya ingatan terhadap susunan ion dan casnya bagi kation dan anion
•Murid memotong kad ion dan memasukkan ke dalam bekas yang dibekalkan.  Kad ion berbeza mengikut warna dan tona warna tertentu. 



Aktiviti 2 : E- LoGa
1.Murid melukis sel elektrolisis pada kertas lukisan.
2.Pada elektrod katod di tampalkan dengan kertas berwarna merah manakala pada anod di tampalkan dengan kertas berwarna biru.
3.Murid diberikan elektrolit dan menentukan ion-ion yang hadir dengan memilih ion-ion daripada kad ion yang di hasilkan dalam aktiviti 1. 
4.Murid meletakkan kad ion yang terpilih kepada anod dan katod mengikut persamaan warna di katod dan anod.
5.Murid di minta untuk memilih ion yang dinyahcaskan berdasarkan perbezaan warna antara dua ion yang tertarik kepada anod dan katod masing- masing.
6.Warna kad ion yang lebih gelap menunjukkan ion yang dipilih untuk dinyahcaskan.
7.Murid dapat meramal hasil yang terbentuk di anod dan katod
8.Aktiviti di ulang (Loop) dengan menggunakan beberapa elektrolit yang berlainan.
9.Murid menulis setiap proses yang berlaku pada jadual yang diberikan dengan elektrolit yang berlainan. 

Semoga bermanfaat bagi cikgu- cikgu. InshaAllah lepas ni saya akan cuba berkongsi untuk kajian tindakan yang seterusnya, :)

Popular Posts